• Why Do i Want To Become A Teacher / Education ? How Can I Change My Views On Educational Philosophy?



     

    Assalamualaikum hai kembali lagi bersama aku insan lemah yang hanya diberi nafas oleh Allah SWT hanya untuk menjalankan tugas aku sebagai seorang pelajar atas talian Covid 19. Pada minggu ke-3 ni seperti biasa aku perlu melengkapkan tugas aku selaku pelajar Universiti Tun Husein Onn Malaysia iaitu mengapa aku mengepa aku ingin menjadi seorang guru. Ok!!! pertama-tamanya cita-cita aku sebenarnya bukanlah untuk menjadi seorang guru tetapi seorang juruterbang haha. Ya juruterbang, bukanlah aku tiada impian untuk menjadi seorang guru tetapi menjadi seorang juruterbang merupakan cita cita aku dari kecil lagi , namun rancangan Allah itu maha hebat. Nama aku tersenarai di dalam jurusan pendidikan vokasional (penyejukbekuan dan penyamanan udara) dengan kepujian di UTHM. Aku nekat dan positif sekiranya ayah aku masih hidup beliau pasti bangga melihat anak lelakinya berjaya menempatkan diri dalam kerjaya pendidik, Oleh itu aku telah membulatkan tekad aku untuk berjaya dan meraih gelaran sebagai seorang pendidik.

     MENGAPA  AKU INGIN MENJADI SEORANG GURU/ PENDIDIK ? 

    Menjadi seorang pendidik memiliki keutamaan yang banyak sekali. Antaranya adalah mendidik adalah jalan dakwah para nabi dan rasul.  Keutamaan yang diperoleh menjadi seorang pendidik adalah pahala yang tidak putus, selama mana ilmu yang diberikan terus diamalkan dan diajarkan kepada orang lain. Alasan mengapa aku ingin menjadi seorang guru atau pendidik kerana aku ingin memberi ilmu yang aku ada sejak aku bangku sekolah dan pengalaman yang telah dicapai selama ini. Motivasi terbesar dalam diri aku adalah ingin memajukan generasi anak bangsa. 

     

    Selain itu, aku amatlah meminati bidang pekerjaan ini kerana ia merupakan satu pekerjaan yang tidak menenggelamkan aku dalam menyebarkan ilmu, tanpa ilmu siapalah aku sekarang ini. Aku juga seorang yang suka berkongsikan serba sedikit ilmu tentang kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang dan aku ingin melihat lebih ramai generasi Y berkembang maju dalam sektor membangunkan ekonomi negara kita serta melahirkan insan yang berdiri di atas kaki mereka sendiri.

     

    BAGAIMANA PULA AKU INGIN MENGUBAH PANDANGAN TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN INI?

    Apa itu Falsafah Pendidikan ? Falsafah atau philosophia yang bermaksud "love of wisdom" atau perihal mencintai kebijaksanaa. Pendidikan pula bermaksud memelihara dan mengasuh, ia adalah satu proses bertujuan untuk memperkembangkan lagi kebolehan dan tingkah laku seseorang. Apa yang aku faham tentang falsafah pendidikan ini ialah kepercayaan kita tentang kenapa, apa dan bagaimana  kita hendak menyampaikan suatu ilmu, kepada siapa kita hendak mengajar. 

     

    Jadi semua ini lahir dalam diri seorang guru/pendidik di mana kita akan mempunyai prinsip dan target tersendiri dalam menyampaikan ilmu secara profesional dan berkesan. Untuk menjadi seorang guru/pendidik yang berkesan, aku perlu mencari lagi banyak experiences, nilai diri, melihat persekitaran hidup aku, berinteraksi dengan ramai orang yang berlainan agama dan bangsa serta kesedaran mengenai pendekatan falsafah.

     

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment