• About Myself






    "Hidup ini hanya sebuah misi. Mahu mula, atau dibiar pergi"

    Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini mestilah mempunyai kisah suka mahupun duka disebalik kehidupan mereka. Perjalanan menuju kebahagiaan itu tidaklah ditaburi dengan mawar-mawar yang indah, malah dipenuhi onak dan duri yang menyakitkan sebelum menempuh apa itu sebuah kebahagiaan yang hakiki. Apa pun ujian yang mendatang tidak menjadi asbab untuk kita tidak terus melangkah kehadapan. Kehidupan memerlukan pengorbanan betul tak ? Diharapkan anda semua dapat bergelar insan-insan yang hebat pada masa akan datang.


    Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
    Assalamu'alaikum wbt.

    Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan aku memperkenalkan diri. Nama aku Muhamad Haziq Bin Mohd Rosli. Anak ketiga dari empat adik beradik (tiga lelaki dan seorang perempuan). Berumur 21 tahun.

    Aku dilahirkan pada tanggal 21 Julai 2000 dari rahim seorang insan yang sangat mulia bergelar seorang ibu. Dimanja dan dibelai ditatang bagai minyak yang penuh membuatkan diri ini merasa bertuah dilahirkan kedunia  dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan cukup sempurna bagiku. Walaupun ayahku telah meninggal dunia pada tahun 2005 ibuku tidak pernah putus asa untuk mencari rezeki untuk membesarkan kami sekeluarga, bekerja tidak kira panas mahupun hujan, tidak mengenal erti penat dan lelah dalam mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Jasanya tidak mampuku balas dengan wang ringgit.  Kami 4 orang adik beradik bersama-sama berkongsi kasih, berkongsi suka mahupun duka, dikandung dalam rahim yang sama dari sulung hingga ke bongsu. Aduhai hati ku ini pilu pula bila bercerita tentang hal ini.

     Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadanya di atas peluang belajar dari aku kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibuku. Ketika berumur 6 tahun aku mula bersekolah di Tadika Q master berhampiran dengan rumah. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah kebangsaan Rengit sehingga berumur 12 tahun. Kemudian aku telah ditawarkan untuk masuk ke Asrama anak yatim Batu Pahat dan mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Dato Bentara Luar dari tingkatan 1-3. Seterusnya aku menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional Batu Pahat mengambil dalam jurusan Teknologi Pembinaan. Alhamdulillah dengan izin allah, walaupun lari dari kursus hehe, sekarang aku menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pendidikan penyejukbekuan dan penyamanan udara di Uiversiti Tun Hussin Onn Malaysia

    Disini aku ingin menceritakan serba sedikit tentang perjalanan hidupku semasa di asrama anak yatim. Pada tanggal 2013 hingga 2019 dimana waktu yang aku merasakan asrama anak yatimlah yang merubah segala galanya. Kenapa aku berkata sedemikian?

    “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”


    Bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar di asrama anak yatim pada tahun 2013 hehe. Asrama anak yatim ni sebenarnya sama je macam asrama lain bezanya cuma dekat asrama anak yatim ni semua percuma. Makan percuma, belajar percuma, sekolah percuma, baju sekolah percuma sampai duit belanja sekolah pon asrama anak yati bagi, boleh dikatakan semua yang berkenaan dengan diri ni semua percuma. Cuma diri sendiri je yang kena tentukan sama ada  nak berjaya ataupun tak

    Duduk asrama anak yatim ni setahun sekali akan ada peruntukan untuk makan angin. Banyak tempat yang aku sejujurnya tak pernah pergi. Bila menjadi penghuni asrama anak yatim aku rasa bersyukur dapat merasakan melancung ke tempat tempat menarik contohnya Kelantan, Langkawi, legoland, pulau redang dan banyak lagi tempat tapi yang paling tak boleh lupa bila duduk asrama anak yatim ni akan ada juga peruntukan untuk pelajar yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Alhamdulillah aku pernah pergi ke Indonesia. Ya luar negara, hanya allah yang tahu perasaan aku



    Paling best bila duduk asrama anak yatim ni bila bulan Ramadhan dengan raya Aidilfitri. Kenapa aku cakap best? Best dia sebab korang akan dapat macam macam makanan bila bulan puasa ni, ramai orang hanta makanan sedap sedap, bukan tu je tau kadang kadang dapat duit raya, haaa yang ni yang paling kitaorang suka bila duduk asrama anak yatim ni haha yelah siapa je tak suka dapat duit kan. Raya pulak dapat baju raya percuma dapat beli kasut raya percuma bayangkan seberapa untungnya aku sebagai seorang penghuni asrama anak yatim. Aku sangat sangat bersyukur atas nikmat yang allah berikan 

    Pada tanggal Disember 2019 Alhamdulillah berkat doa, semangat dari ibuku, orang sekelilingku akhirnya aku Berjaya menghabiskan perjalanan hidupku sebagai seorang penghuni di asrama anak yatim Batu Pahat dan mendapat keputusan diploma Kolej Vokasional yang mampu mengembirakan hati ibuku walaupun tidak mencapai target yang aku idamkan. Tidak mengapalah aku bersyukur atas rezekiku, dan kini aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Ya aku kini sedang melanjutkan pelajaran dan menjadi salah seorang mahasiswa di Universiti Awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (penyejukbekuan dan penyamanan udara). Perasaanku? hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku, sebab aku tahu macam mana struggle nya aku waktu nak buat video resume, macam mana struggle nya aku masa nak interview. Berpanas hujan, ulang alik sana sini macam-macam ada weh. And then bila aku dapat apa yang nak tu rasa penat tu terbayar dan berbaloi. Aku bersyukur kehadrat Allah swt. Pendidikan weh! Bukan senang nak dapat, banyak step yang kena hadap.

    Dapat masuk universiti ni merupakan satu kepuasan dan kejayaan untuk aku kerana dapat membahagiakan ibuku  dan orang orang disekelilingku. Ya aku tahu terlalu awal untuk aku mengulas tentang kejayaan kerana aku baru sahaja melangkah ke alam universiti dan berada di tahun pertama belum merasai lagi asam garam kehidupan di universiti dalam erti kata yang sebenar kerana di waktu ini aku berada di rumah dan hanya belajar secara atas talian sahaja kerana tak dibenarkan ke kampus akibat oleh pandemik covid-19. Mencabar bukan? haha ya mencabar sangat baru first year dah kena belajar online tapi takpe ilmu dimana mana sahaja boleh dituntut right? apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar menghapuskan virus covid-19 ini di seluruh dunia agar umat manusia dapat menjalankan kehidupan seharian secara normal kembali. Aku berharap pembaca blog aku ini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Ingat #kitajagakita. 




  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment