Guru, kaulah awal dari cita cita kau membimbing dengan penuh semangat untuk menghadirkan anak anak bangsa yang Hebat namamu akan selalu ku ingat
Hai Assalamualaikum semua !!! bersama
lagi dengan aku hari ini Haziq bakal mahasiswa Universiti Tun Hussein Malaysia
INSYA ALLAH dan aku mengharapkan saudara saudari semua berada dalam keadaan
selamat dan sentiasa patuh kepada arahan kerajaan kerana kita masih di dalam
ranjau Pandemik Covid 19.
Bagi aku guru ibarat sebatang lilin yang menerangi kehidupan. Tiada guru
tiadalah aku yang mampu menjejakkan kaki di menara gading ini. Guru merupakan
seorang yang banyak berjasa bagi aku sehingga dengan ucapan ribuan terima kasih
pun jasa beliau tidak akan terbalas. Gurulah yang membantu aku menjadi diri aku
yang sekarang ini. Pada mereka tidaklah kenal erti lelah, penat, putus asa
dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada aku. Tanpa guru yang teguh di
belakang aku siapalah aku. Tanpa guru yang sabar siapalah kanak-kanak di tadika
itu. Tanpa guru yang tidak kenal erti penat siapalah generasi remaja di sekolah
menengah itu. Tanpa guru siapalah masyarakat kita yang berilmu sekarang ini.
Adakah negara kita Malaysia yang membangun ini akan terus membangun jika tiada
guru.
Pada hari ini, ketahuilah
bahawasanya aku akan berkongsi tentang guru yang dirasakan terbaik sepanjang
hidup aku. Kalau nak ikutkan ramai lagi guru yang bagus tetapi yang paling aku
kagumi ialah Puan Nur Syazana Bt Ismail . Pada mula
aku mengenalinya, beliau merupakan seorang pensyarah Teknologi Pembinaan di
Kolej Vokasional Batu Pahat (KVBP).
Tanggapan pertama aku apabila aku melihat beliau,
beliau adalah seorang yang berdisiplin, tegas, kemas dan berfalsafah. Selain
itu, beliau juga bukan seorang yang mesra dengan pelajarnya. Pada kelas pertama
aku bersama beliau, beliau adalah seorang yang sangat garang dan tegas ketika
mengajar. Dari situ, aku sudah mula rasa bosan dan sering tetidur apabila kelas
bersama beliau. Ini kerana, suasana kelas beliau sangat senyap dan tidak ceria.
Justeru itu, setelah beberapa bulan belajar bersama beliau, beliau telah
menunjukkan sikap-sikap yang membuatkan aku kagum dengan dirinya dan dari situ
aku mula rapat dengannya.
Beliau adalah seorang yang sangat berdisiplin dari segi
waktu, kemas ketika berpakaian dan yang paling aku suka beliau sentiasa wangi
hahahaha. Tambahan pula, beliau adalah seorang yang tegas dalam perkara yang
berkaitan pelajaran terutamanya, Dari situ aku dapat lihat bahawa beliau
mempunyai ciri aliran falsafah tradisional iaitu seorang yang realisme.
Hal ini kerana, beliau adalah seorang yang sangat mementingkan waktu dan
perkara yang paling beliau tidak suka adalah apabila pelajar beliau datang ke
kelas lambat serta beliau juga kurang gemar apabila waktu pengajran beliau
diambil oleh guru lain. Seterusnya, apa yang menunjukkan beliau seorang
yang realisme ialah beliau bukan seorang yang mudah terpedaya dengan cerita
mengarut. Sebagai contoh, apabila terdapat sesuatu isu yang berlaku di kalangan
pelajarnya seperti kemalangan beliau tidak akan terus dengar dan percaya dari
mulut orang lain bahkan beliau akan percaya apabila cerita itu diceritakan oleh
pelajar itu sendiri.


No comments:
Post a Comment