Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua hahahhaa. Aku harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dibawah lindungan Tuhan. #staysafe #stayathome
Aku akan menerangkan apa maksud falsafah terlebih dahulu. Perkataan Falsafah berasal itu sendiri dari perkataan Yunani iaitu "philosophia" yang bermaksud "cinta kepada pengetahuan atau hikmah","ingin tahu dengan mendalam".Daripada definasi ini dapatlah dikatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cintakan terhadap hikmah dan usaha mendapatkannya. Ahli ahli falsafah merupakan orang yang mencintai hikmah dan berusaha mendapatkanya. Orang yang berfalsafah perlu menguasai empat ciri ini iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Jika seseorang itu kurang tidak memiliki empat ciri ini dia akan menjadi seorang insan yang tidak seimbang.
Actually bagi aku nak jadi sorang
cikgu atau pengajar ni bukan benda yang mudah. Yelah kalau orang sebut 'cikgu'
je mesti ingat tugas dia hanya mengajar and bagi ilmu je. Ada lagi tugas lain
yang orang luar tak nampak. Antaranya, cikgu juga bertanggungjawab untuk
membentuk sahsiah dan disiplin pelajarnya. Macam yang kite tahu, pelajar sekarang
lebih terdedah dengan hiburan di media sosial. Jadi, aku sebagai bakal cikgu
mesti pandai untuk control pelajar dari segi pemikiran mahupun
persekitaran. Setiap individu yang bergelar cikgu mesti mengharapkan
pelajar dia mempunyai masa depan yang cerah and menjadi sorang manusia yang
berguna untuk masyarakat. Lagi lagi dengan zaman sekarang yang penggunaan
media sosialnya sangat luas.
Jadi, untuk menjadi seorang cikgu
yang kukuh dengan fasafah, aku mesti menguasai mata pelajaran yang akan aku ajar.
Part ni sangat penting bagi aku untuk memastikan student aku sentiasa faham and
jelas dengan apa yang aku sampaikan. Selain tu, aku jugak akan aplikasikan 4
western philosophy yang aku belajar dalam subject ni untuk memahami student aku
and cari cara yang berkesan untuk mengajar anak murid aku. Selain itu, bagi aku
kepelbagaian and teknik seseorang cikgu waktu mengajar dapat menarik minat
student. Dorang akan lebih kreatif and maybe dorang akan berfikir secara meluas
depends pada proses pembelajaran tu. Last but not least, aku akan keep usaha
untuk menambah ilmu dalam bidang falsafah ni. Falsafah ni jugak kita akan apply
dalam kehidupan seharian tanpa kita sedar.
Next ialah, rancangan yang dapat aku lakukan bagi menjadi seorang guru yang berfalsafah ialah mempunyai sikap yang budi pekerti kerana ia amat memainkan peranan dalam menjadi seorang guru. Ini kerana peranan guru sebagai suri teladan dan contoh kepada murid-muridnya mereka perlulah mempunyai perwatakan yang mulia dan berdisiplin. Seorang pelajar itu akan melihat perwatakan guru agar mereka mampu menjadi seseorang yang lebih baik daripada sebelumnya. Seterusnya, untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah ialah aku akan berpandangan progresif dan saintifik. Aku perlu menjadi guru yang memiliki kemahiran profesional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta memotivasikan mereka dalam pembelajaran. Selain itu, guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk merealisasikan. J


No comments:
Post a Comment